Selamat Datang ke Wisma Yakin

Wisma Yakin yang tersergam gagah di sudut Jalan Masjid India sentiasa menjadi tarikan dan tumpuan warga kota yang mementingkan hasil tangan tukang jahit yang berpengalaman dan berkualiti. Kompleks perniagaan dan pejabat 12 tingkat ini telah dibuka kepada orang ramai pada tahun 1976, menjadikannya salah satu bangunan tertua di Kuala Lumpur.

Tidak lekang dengan pengunjung terutamanya semasa sambutan perayaan besar seperti Aidil Fitri, Wisma Yakin sememangnya popular sebagai destinasi pembeli yang mencari pakaian tradisional Melayu dan fesyen Islam yang terkini.

Berita Terkini

©2014 Wisma Yakin. Hakcipta Terpelihara